Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Budiman catat KPI tertinggi

29 JAN: Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi mencatat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertinggi dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar sehubungan itu meminta semua wakil rakyat dan Koordinator Dewan Undangan Negeri (DUN) mencontohi kerja keras ditunjukkan Budiman dalam usaha merampas semula Selangor.

“Soal siapa bakal Menteri Besar jika BN merampas Selangor biar pucuk pimpinan putuskan kemudian, tetapi saya nak beritahu wakil rakyat yang mendapat markah KPI tertinggi ialah Budiman kerana kerja buat yang dilakukannya.

“Kalau kita nak rampas contohi apa yang dibuat Budiman, santuni semua rakyat dan bukannya hanya penyokong kita atau kelompok tertentu sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab sempena Majlis Amanat 2018 hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 7:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: