Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Budiman galas tanggungjawab baharui dasar buku negara

11 JULAI: Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara (DBN) bagi menyahut usaha kerajaan demi merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Pelantikan Budiman diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara di Putrajaya hari ini.

Sesi penyerahan resolusi itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku yang mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Fauzilahyatun Mustafa.

Resolusi yang mempunyai lima halaman itu menggariskan lima matlamat utama yang memberi tumpuan kepada DBN.

Antara kandungan resolusi adalah bagi memastikan buku dalam bahasa Melayu memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan.

Terdahulu, cadangan memperbaharui dasar berkenaan diutarakan oleh Budiman dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada 14 Mac lalu di Dewan Rakyat.

Kesinambungan daripada saranan itu, satu persidangan dianjurkan pada 25 April lalu, bertempat di Wisma ITBM yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 9:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: