Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bughah: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan

3 JAN: Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014 yang lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

Zamri Hashim Tim Mufti Perak

Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak

“Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak,” katanya ketika ditemui media sempena lawatan Pemuda Pas Perak, ke jabatan berkenaan pada Jumaat.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘pemberontak yang menentang kerajaan Islam dan darah mereka halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merujuk perkataan itu kepada kumpulan perhimpunan berkenaan TURUN di Dataran Merdeka 31 Disember lalu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 4:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: