Kategori Berita Utama

Bukan Kajang Move tetapi Khalid Remove kata Khairy

14 MAC: Strategi Pakatan Rakyat yang dinamakan Kajang Move lebih bertepatan untuk ditafsirkan sebagai ‘Khalid Remove’ kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. 

 Menurut beliau, strategi itu ‘menggadaikan’ mandat rakyat yang diberikan kepada PKR pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu sehingga penduduk di Kajang terpaksa berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan DUN tersebut.
“Sebab itulah, karakter beliau yang penting bukanlah rakyat, yang penting dia sendiri, yang penting di Kajang ini bukan pengundi Kajang, ingat kenapa ada Pilhan Raya Kecil di Kajang, ini bukan sebab pengundi Kajang, tetapi ini sebab (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
kjkjg“Jangan lupa maklum kepada pengundi di sini, bahawa berlakunya pilihan raya kecil di DUN Kajang disebabkan orang yang bernama Anwar Ibrahim sebab dia nak jadi Menteri Besar, itu sahaja.
“Tidak ada alasan dan penjelasan yang lain yang disebut sebagai Kajang Move, yang disebut sebagai langkah Kajang, adalah semata-mata bukan Kajang Move, tetapi Khalid Remove,” kata beliau ketika menghadiri kempen Barisan Nasional di Kajang.
Khairy menjelaskan dihadapan kira-kira 150 orang anak muda di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Cheras bahawa PRK di Kajang sepatutnya tidak perlu diadakan.
Namun tambahnya, ekoran nafsu politik Anwar, rakyat terpaksa berhadapan dengan percaturan yang dirangka oleh PKR semata-mata untuk memenuhi agenda politik mereka.
“Piliharaya di Kajang tidak perlu diadakan, tidak ada kematian, tidak ada wakil rakyat yang muflis, tidak ada wakil rakyat yang meninggal dunia disebabkan kesihatan ataupun kemalangan, itulah (antara faktor yang membolehkan) berlakunya Pilihan Raya Kecil.
“Mereka nak remove Khalid, sebab itu ada Kajang Move, Anwar diletak sebagai calon, dulu dia kata dia tidak akan jadi calon, lepas itu dia flip flop saya jadi calon, lepas itu dia kata saya tak berhasrat jadi menteri besar, dua tiga hari lepas itu kemungkinan besar saya jadi menteri besar.
“Jadi kita boleh nampak bahawa ini adalah kerakusan kuasa, dulu tak dapat jadi Perdana Menteri, kali ini jadi menteri besar pun cukuplah, lebih kurang macam itu,” jelas Ahli Parlimen Rembau itu lagi.
Beliau berkata bahawa Anwar layak dihukum ekoran tindakan rakus PKR untuk melunaskan kehendak politik mereka sehingga mengorbankan mandat rakyat sebelum ini pada PRU 13 yang lalu.
“Bagitahu kepada penduduk pengundi di DUN Kajang, walaupun beliau tidak bertanding tetapi kita hantar isyarat kita hukum Anwar Ibrahim disebabkan beliau telah memperlekehkan amanah rakyat dan juga pengundi di DUN Kajang tak sampai satu tahun sejak pilihan raya lalu,” katanya lagi.
Kerusi DUN Kajang kosong setelah Lee Chin Cheh melepaskan kedudukannya sebagai ADUN Kajang pada 27 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding di kawasan tersebut.
Anwar yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 menjadikan beliau hilang kelaykan untuk bertanding di DUN Kajang.
Posisi sebagai calon PKR itu diambil alih oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal menentang calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac ini. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2014 8:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: