Kategori Berita Utama

Tak perlu kenyataan politik, pembaharuan tanah Balik Pulau diperlukan

29 JUN: Bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Balik Pulau,Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw bahawa kawasan hijau di Pulau Pinang kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang.

Malah katanya masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Sehubungan itu, Yusmadi telah membentuk penubuhan sebuah pasukan petugas untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dengan pengusiran itu.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

Seng Giaw pula pada 18 Jun lalu, menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 June 2017 1:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: