Kategori Berita UtamaTragedi MH370

Bukan masa main politik sebaliknya solidariti kepada keluarga mangsa

25 MAC : Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang bahawa sekarang bukan masanya bermain politik dalam isu pesawat MH370.

Malah, beliau cukup kesal dan menyifatkan amat tidak wajar insiden berkenaan jadi bahan kempen ucapan dalam PRK Kajang baru-baru ini.

Ketika membentang usul tergempar mengikut Peraturan 27 (3) bagi merakam ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan kru MH370 di Dewan Rakyat Selasa, Perdna Menteri berkata, inilah masa menunjukkan soladariti kepada keluarga mangsa yang terbabit.

“Saya rayu parti-parti kerajaan dan pembangkang supaya dalam krisis seperti ini mesti ada rasa simpati kepada semua pihak yang jadi mangsa. Tunjukkan kematangan dan rasa cinta kita kepada negara dan perasaan sensitif keluarga semua mangsa,” ujarnya.

najibtunrazak

Najib

Najib malam tadi mengesahkan penerbangan pesawat MH370 itu berakhir di Lautan Hindi Selatan berdasarkan maklumat analisa satelit yang boleh dikatakan konklusif.

Katanya, kerajaan tidak berniat untuk menghalang atau menutup maklumat kepada ahli keluarga mangsa atau orang awam tetapi ianya mesti dibuat selepas disahkan terlebih dahulu.

Menurut beliau, tumpuan kini adalah mencari segala objek dan serpihan rangka pesawat MH370 supaya disahkan tanpa ragu-ragu pesawat itu berakhir di kawasan Lautan Hindi tersebut.

“Segala persoalan apa yang berlaku kepada MH370 hanya akan terjawab apabila kotak hitam ditemui kerana segala data penerbangan dirakam,” katanya.

Tegasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sebelum kini diubah kekawasan berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi,

“Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga penumpang dan kru MH370 menghadapi insiden ini.  Kita sedar bahawa kita perlu beri kepastian  kepada keluarga mangsa secepat mungkin bahawa prioriti kita kini tertumpu di kawasan tersebut,” ujar beliau.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Majlis Fatwa Kebangsaan akan bermesyuarat jam 6 petang ini bagi tentukan solat jenazah ghaib manakala negara akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan kru MH370 sebaik sahaja bangkai pesawat ditemui . –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2014 1:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: