Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

‘Bukti’ penyelewengan Teresa Kok diserah kepada ROS pula

25 FEB: Entah kenapa Teresa Kok Bekas terus diserang bekas pembantunya Tony Tan bersama seorang lagi ahli DAP Danny Leong Eng Tiom biarpun Ahli Parlimen DAP Seputeh itu telah memfailkan saman malu rugi RM10 juta terhadap Leong.

Pada Selasa Tonny bersama Danny yang tidak berpuas hati telah hadir ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk meminta supaya wanita itu digantung keahlian dalam parti.

Tony, bekas pembantu Teresa yang keahliannya dalam DAP ditamatkan pada 2007 dan Leong yang masih lagi ahli parti itu mendakwa telah mengemukakan bukti kepada ROS berhubung dakwaan tindakan Teresa yang melanggar perlembagaan parti berkenaan.

Tonny Tan (tengah) dan Danny Leong (kiri).

Tonny Tan (tengah) dan Danny Leong (kiri).

Kedua-dua mereka juga minggu lepas mengemukakan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaaan penyelewengan dana pilihan raya oleh Teresa yang dikatakan berjumlah RM186,000.

“Menurut Fasal 19 Perlembagaan Parti, PLC (jawatankuasa perhubungan parti) perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi PLC Seputeh gagal mengadakan sebarang mesyuarat.

“Setiap kali apabila suatu mesyuarat dipanggil, ahli panel tidak mencukupi.

Selain itu, kata mereka, Fasal 25 Perlembagaan Parti DAP dengan jelas menyatakan bahawa setiap kali wang ‘petty cash’ (belanja runcit) diambil dari bank tidak boleh melebihi RM400.

“Tetapi Teresa telah membawa keluar RM8,000 sekali dan RM5,000 tiga kali dari bank,” kata Tony mendedahkan senarai pelanggaran yang didakwa dilakukan oleh Teresa.

Tony sebelum ini telah beberapa kali dilaporkan melemparkan tuduhan yang sama terhadap bekas majikannya itu.

Menurut Teresa dakwaan Tony dan Leong bukan perkara baru kerana kedua-dua mereka mula menyerang beliau sejak Tony ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 selepas hanya sembilan bulan berkhidmat.

Teresa memfailkan saman malu menuntut ganti ruugi dan permohonan maaf secara terbuka terhadap Leong kerana mendakwa tuduhan bahawa beliau menyelewengkan dana parti DAP yang dilemparkan Leong di media mencemarkan reputasinya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 4:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: