Kategori Berita Utama

Bung Moktar tak lepas jawatan Ketua Bahagian

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad yakin Datuk Bung Moktar Radin tidak akan meletak jawatan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan.

Katanya, Bung Moktar mendapat sokongan majoriti ahli-ahli bagi memegang jawatan itu selepas mengekalkannya pada pemilihan di bahagian itu Sabtu lalu.

Shahrir sudah bertemu ahli parlimen Kinabatangan itu yang juga timbalan beliau dalam BNBBC semasa sidang parlimen bermula pagi Isnin.

tsbung

Bung Moktar menjelaskan mengenai apa berlaku dalam pemilihan di bahagiannya kepada Shahrir.

Menurut ahli parlimen Johor Bharu itu, Bung Moktar hanya menyuarakan kesedihan apa berlaku dalam bahagiannya.

Bung Moktar semasa memberi ucapan semasa sesi penggulungan nesyuarat UMNO Bahagian Kinabatangan pada Ahad lalu berkata beliau kecewa terhadap proses pemilihan yang menampakkan perpecahan amat ketara di kalangan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi di bahagian itu.

Ekoran kenyataan itu, ahli-ahli jawatankuasa bahagian diketuai oleh Jafry Ariffin bersama pimpinan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri  mengadakan mesyuarat tergempar pada malam Ahad lalu dan secara majoriti membantah tindakan Bung Moktar yang mengumumkan untuk meletak jawatan.

Timbalan Ketua Bahagian Jafry Ariffin bersama ahli jawatan kuasa Bahagian yang baru telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Bung Moktar lebih kurang jam 9.30 malam di kediaman beliau di Sandakan pada malam itu.

Jafry dalam satu sidang media di Sandakan pada Isnin menjelaskan bahawa masanya belum tiba untuk Bung Moktar mengundurkan diri dari pentas politik kerana setakat hari ini tidak ada seorang pun pemimpin selain dari beliau yang mampu menyatupadukan ahli-ahli parti.

Katanya, tindakan meletakkan jawatan hanya mendatangkan banyak keburukan kepada Umno apatah lagi kepimpinan beliau sudah terbukti mampu memperjuangkan dan membela nasib rakyat dalam pelbagai aspek pembangunan.

Menurut beliau, khidmat bakti Bung Moktar sebagai wakil rakyat dan pemimpin UMNO masih diperlukan oleh rakyat kawasan Kinabatangan.

“Syukur Alhamdulillah, beliau meminta sedikit masa untuk membuat pertimbangan ini dan bakal memberikan maklum balas dalam tempoh yang terdekat,” jelas Jafry.

Jafry meminta semua ahli UMNO terutama rakyat Kinabatangan supaya bertenang berhubung tindakan pemimpin mereka yang berhasrat untuk meletakkan jawatannya pada ucapan penggulungan sewaktu mesyuarat perwakilan bahagian itu. -22/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 October 2013 11:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: