Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahfuz cakap hebat tetapi tak betul

4 DIS: Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang kerap menonjolkan diri seolah-olah hebat berhujah di Dewan Rakyat atau di luar dikecam Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Ini gara-gara ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa adik dan abang kepada timbalan menteri Kewangan itu dikatakan sebagai ahli PAS.

Menurut Ahmad , Mahfuz tidak ubah seperti cakap yang berdegar-degar namun tiada kebenaran dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau di dalam Dewan Rakyat.

“Untuk Pokok Sena terlebih dahulu, bunyi hebat tetapi tidak benar, sebab dia sudah sebut mengenai adik dan abang saya, maka saya kena jawab dalam dewan ini.

mahfuzomar

Mahfuz dakwa adik dan abang Ahmad ahli PAS

“Hebat bunyinya, dengan jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS kedengaran hebat bunyinya, tapi hebat bunyi berdegar-degar tapi tak benar.

“Yang pertama adik saya Abdul Rahim Maslan adalah ahli UMNO yang bernombor keahlian 01436367..tidak benar adik saya ahli PAS….Yang kedua abang saya, Mohamad Abdullah Maslan, yang ini pun masuk dalam hansard, abang saya yang dikatakan ahli PAS oleh Pokok Sena ialah ahli UMNO yang bernombor ahli 01436628. Untuk pengetahuan Pokok Sena, cakap hebat tapi tidak benar…,”jelasnya menjawab tuduhan yang dilemparkan Mahfuz di dalam Dewan Rakyat, Rabu.

Mahfuz yang kerap digelarkan media sebagai ahli parlimen ‘merapu’ dibidas dengan sinis oleh Ahmad kerana kenyataan beliau yang disifatkan telah mencampuri urusan peribadi yang bagi mereka yang terlibat.

“Walaupun bunyinya hebat, tetapi tidak benar. Saya baru menghubungi abang dan adik saya, dan saya nak bagitahu semua yang sebelah sana itu (pembangkang) cakap berdegar-degar tetapi tidak benar, itu point yang saya nak sampaikan,” jelasnya.

ahmadmaslan1

Mahfuz ini cakap hebat tapi tak benar- Ahmad

Sebelum itu, Mahfuz membuat dakwaan berkenaan ahli keluarga Ahmad sebagai ahli PAS yang dilihat sebagai provokasi dan juga serangan psikologi kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

“Sebab rakan sejawatlah saya boleh melawak, sebab adik dia PAS, abang dia pun PAS, inilah Malaysia.

“Macam Ahli Parlimen Shah Alam PAS, abang Ahli Parlimen Johor Bharu UMNO, dan samalah dengan Pontian, adik dia baik dengan saya, adik ipar dia baik dengan saya.

“Nanti kita hantar orang kita untuk mengurat orang UMNO, mujur anak dia kecil lagi, kalau tidak saya suruh anak saya mengurat anak dia,” kata Mahfuz.

Mahfuz yang mungkin malu dengan sindiran Ahmad, enggan mengalah dan menyatakan, “Dunia akan berubah, Pontian mana tahu, esok pergi iktiraf dalam Perhimpunan Agung UMNO,” bagi menjawab penjelasan Ahmad. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2013 8:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: