Kategori Kawasan YB

Cabaran membangunkan Jerlun dibahu Othman

Parlimen Jerlun P005 terletak di dalam daerah Kubang Pasu dengan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Ayer Hitam dan Kota Seputeh.

Urus tadbir tempatan Jerlun yang mempunyai sembilan mukim adalah di bawah pejabat Daerah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu.

Ada 167 buah kampung dengan jumlah penduduknya seramai 53,383 orang. Daipada jumlah itu 90 peratus adalah Melayu diikuti Cina lapan peratus dan lain-­lain dua peratus.

othmanjerlun

OTHMAN…mahu petani dan nelayan tingkat hasil pendapatan

Jerlun mempunyai prospek besar untuk membangun tetapi yang jadi masalah bagi perancangan pembangunan jangka panjang kerana dalam satu daerah ada dua parlimen iaitu Kubang Pasu selain Jerlun.

“Bagi mengatasi masalah ini, cara terbaik ialah kita kena pisahkan urusan pentadbiran daerah Jerlun dan Kubang Pasu. Untuk ini kita kena wujudkan daerah baharu Jerlun,” kata Datuk Othman Aziz ketika ditanya mengenai masalah utama dihadapinya sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Katanya, Kubang Pasu dikenali sebagai lembah ilmu kerana mempunyai 15 institusi pendidikan bermula dengan tadika hingga ke universiti berbanding dengan Jerlun yang hanya mempunyai sebuah sekolah agama.

Menurut Othman, beliau sedang dalam perancangan akhir untuk untuk menyiapkan sebuah sekolah agama kebangsaan agama berasrama penuh di Kota Seputeh dan apabila siap dapat memuatkan 900 murid.

“Kita harap apabila ada pusat pentadbiran baharu daerah Jerlun, lebih banyak dapat dirancang dari segi premis pentadbiran, perniagaan, perumahan, dan sebagainya.” ujarnya.

mpjerlun2

OTHMAN bersama Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dulu MP Jerlun

Othman berkata, Jerlun masih diklasifikasikan sebagai 100 peratus luar bandar dan banyak masalah berkisar rapat rapat dengan prasarana asas, iaitu jalan.

“Kita bukan tak buat jalan tapi oleh kerana parlimen ini terletak di kawasan sawah padi, maka penggunaan jalan jalan agak berat dan kerosakan sering berlaku dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini membabitkan perbelanjaan yang banyak,” katanya.

Satu lagi masalah yang sering berlaku di Jerlun ialah ribut yang biasanya melanda pada awal tahun dan pada September.

Biasanya apabila ribut, beratus rumah terjejas dan perlu diperbaiki segera.

mpjerlun1

Menghadiri majlis sambutan Hari Raya

Othman yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), berkata, tumpuan utamanya sekarang ialah untuk membantu masyarakat luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan berkaitan tanaman padi.

Menurut Othman, aktiviti ekonomi utama di Jerlun ialah tanaman padi.

Ketika ini lebih kurang 80 peratus atau 200 ribu pendududuk Jerlun terlibat dalam aktiviti sawah

Padi dengan enam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan Parlimen ini.

“Kita berbangga kerana Jerlun adalah sebahagian daripada kawasan Jelapang Padi Negara. Di bawah MADA pelbagai usaha telah dibuat sejak 1970 untuk meningkatkan tanaman dan ekonomi pesawah padi.

homestayjeruju

Inap Desa atau homestay Jeruju yang berpotensi dimajukan

“Selain itu kita ada aktiviti tanaman getah dan tanaman kontan seperti jagung dan sebagainya. Penduduk di sini juga terbabit perniagaan berkaitan padi seperi kilang padi, pengangkutan, jentera membajak dan menuai,” ujarnya.

Di parlimen Jerlun ada empat buah kuala melibatkan aktiviti nelayan iaitu di Kuala Sanglang, Kuala Kerpan, Kuala Tunjang dan Kuala Jerlun.

Di Kerpan, ia sinonim dengan aktiviti ternakan udang Kerpan yang dijalankan oleh Khazanah Nasional yang yang memberi peluang pekerjaan kepada 800 penduduk tempatan.

Ditanya mengenai isu yang dibawakan oleh pembangkang pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, Othman berkata mereka membangkitkan soal jalan, jambatan dan tali air.

“Tali air yang dibina sejak tahun 1970 kini perlu diperbaiki, dibangunkan semula dan ditambah kepadatannya. Kita berterima kasih kerana Kerajaan telah meiuluskan RM2.2 billion untuk pembangunan seluruh kawasan MADA, termasuk Jerlun,” katanya.

othmanazizjerlun

Berharap rakyat dapat tingkatkan ekonomi dengan aktiviti pertanian yang pelbagai

Tambahnya, proses ini akan berterusan sehingga 2020.

Ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan endapatan orang Jerlun melalui peningkatan hasil padi.

“Selain itu kita mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Jerlun terlibat dengan estet padi dan program peningkatan hasil. Jika kita dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi daripada enam tan setiap satu hektar kepada lapan tan, ia akan memberikan impak yang besar,” ujarnya.

“Kita mahukan kerajaan meningkatkan aktiviti huluan dan hiliran dalam industri padi yang boleh melibatkan petani, contohnya ladang membekalkan benih padi. Kalau ramai membekal benih padi dengan harga premium, iaitu lebih daripada harga biasa, ia dapat meningkatkan hasil. ,” katanya.

Othman berkata, terdapat lebih 1,000 keluarga yang terlibat dengan aktiviti perikanan dan Jerlun sudah dibekalkan dengan empat jeti pendaratan ikan.

Katanya pihaknya akan memohon bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan untuk untuk meningkatan prasarana serta FAMA di segi penjualan hasil ikan.

“Kita merancang perniagaan hiliran dan huluan, pemprosesan ikan, memperbanyakkan industri membuat belacan atau ikan kering dan sebagainya. Kita mahu manambah nilai industri perikanan di sini,” katanya.

Othman berkata antara misi utamanya sekarang ini ialah untuk cuba mengajak seramai mungkin siswazah yang berasal dari Jerlun kembali ke kampung dan membabitkan diri dalam perniagaan berkaitan padi dan perikanan di sini.

Beliau juga mahu membantu golongan yang terbabit dalam industri burung walit yang terjejas dengan ketidaktentuan peraturan yang dikenakan oleh kementerian serta pembeli dari China.

Di samping itu Othman berkata dia mahu “menghidupkan” inap desa yang pernah dibangunkan oleh MADA lima tahun lalu, iaitu Homestay Jeruju di Kuala Jerlun.

Homestay ini unik kerana menawarkan agro­tourism industri padi dan nelayan.

Sambutannya kurang menggalakkan kerana kelemahan pentadbiran pengurusan homestay tersebut. Saya sendiri kena libatkan diri dan telah mengarahkan pihak­pihak tertentu membantu di segi pemasaran.

“Pembaikpulihan ini sedang dilakukan dan kita harap kita dapat meniupkan nafas baru ke dalam projek ini kepada semua pengusaha homestay. Sejak dimulakan lima tahun lalu, ada peningkatan baik, tetapi ia tiba-­tiba ia jatuh. Produk ada tetapi promosi kurang. Mungkin kita akan minta bantuan Kementerian Pelancongan.

Kampung Jeruju terletak 25 kilometer dari bandara raya Alor Setar dan mempunyai 70 rumah dengan 20 daripadanya terlibat dalam projek inap desa. -Bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2013 9:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: