Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cadang penjara pijak Jalur Gemilang

Kerajaan menjelaskan bahawa cadangan pindaan ke atas Kanun Keseksaan untuk mengenakan hukuman penjara ke atas individu yang menghina Jalur Gemilang dirangka ekoran perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan pada Ogos lalu.

nancy3Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia merupakan kejadian yang “amat menyedihkan” kerana tidak boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan sedia ada.

Katanya, tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan kepada maruah negara tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.

“Ia sangat menyedihkan,” katanya di Parlimen, Isnin.

Cadangan pindaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 15 tahun bagi kesalahan memijak Jalur Gemilang atau mengibar bendera selain Jalur Gemilang untuk mewakili Malaysia.

Perbahasan mengenai cadangan pindaan itu mencetuskan suasana panas di Dewan Rakyat apabila ada ahli parlimen mempertikai cadangan pindaan hukuman itu. -21/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 October 2013 11:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: