Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cadang Hisham menang tanpa bertanding Naib Presiden

9 DIS: Selepas usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, perwakilan UMNO Selangor hari ini mengemukakan cadangan supaya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden.

Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, ia bagi memastikan seluruh kepimpinan parti bersedia sepenuhnya berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Naib Presiden tunggal (Hishammuddin) yang buat kerja tiga orang sudah menunjukkan bukti mampu untuk melaksanakan tugas.

“Juga beliau perlu diberi menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang. Jadi bermakna hanya dua kerusi Naib Presiden dipertandingkan pada pemilihan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau turut bertanyakan dua soalan yang sama kepada seluruh perwakilan;

“Bukankah itu keputusan yang kita buat (semalam)?”

Lantas seraya perwakilan di Dewan Merdeka menjawab ‘YA!’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 3:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: