Kategori Berita Utama

Cakap biar pakai fakta, bidas Ketua Penerangan Pemuda UMNO

25 DIS: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar membidas hebat kenyataan Syed Saddiq Abdul Rahman yang mempersoalkan kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk golongan belia di negara ini.

Sambil menyifatkan Ketua PPBM itu seperti katak di bawah tempurung, Jamawi berkata beliau sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan tersebut.

Ini kerana isu perumahan golongan belia sudah lama diperjuangkan oleh Pemuda UMNO.

“Dia ni seperti katak di bawah tempurung. Mungkin dia tidak baca info. Bercakap pun tidak berdasarkan fakta,” katanya dipetik media.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Syed Saddiq bahawa kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan mereka dihukum pada PRU14.

Tambah Syed Saddiq setiap tahun Pemuda UMNO membangkitkan isu tersebut termasuk membahaskannya di Perhimpunan Agung parti bagi memberikan pandangan akar umbi mengenai keperluan perumahan di kalangan generasi muda.

Menurut Jamawi lagi banyak skim perumahan disediakan kerajaan untuk golongan belia antaranya Skim Perumahan Belia BSN, yang menyediakan bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 bagi dua tahun pertama.

“Kerajaan juga menyediakan program Perumahan Transit Belia Kuala Lumpur, untuk bantu golongan muda B40 yang bekerja di Kuala Lumpur memiliki rumah sendiri.

“Manakala, harga sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru RM124 sebulan,” katanya.

Jamawi berkata, usaha Kerajaan membantu golongan belia memiliki rumah sendiri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana bagi kawasan luar bandar, Kerajaan turut menyediakan Skim Rumah Bina Negara melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Program perumahan ini disediakan khusus kepada golongan belia generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah kementerian seperti Felcra dan Risda.

“Harga yang ditawarkan bagi Rumah Bina Negara Risda adalah RM65,000. Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000. Ini bermakna pemohon hanya perlu membayar RM45,000 sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Jamawi turut mempersoalkan kesungguhan parti pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang yang juga gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.

“Kepada Syed Saddiq, kalau hendakkan maklumat, kita jemput datang bertemu Pemuda Umno. Kami akan berikan taklimat mengenai program perumahan untuk golongan belia kepada beliau.

“Jangan bercakap tanpa fakta,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: