Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Calon BN bagi PRK Pujut diumum selepas Gawai

19 MEI: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut selepas sambutan Gawai.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi BN negeri berkata mereka akan tidak tergesa-gesa dan akan bermesyuarat terlebih dahulu.

“BN dijangka memenangi pilihan raya kecil itu,” katanya ketika di bangunan DUN negeri, Jumaat.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuarat khas hari ini menetapkan PRK DUN itu diadakan 4 Julai manakala penamaan calon pada 20 Jun.

PRK itu diadakan selepas pelucutan kelayakan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai ADUN oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, Tiong Choon menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN) Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata partinya sudah bersedia.

Pada masa yang sama, beliau percaya kerusi itu adalah kerusi tradisional BN yang diperuntukkan kepada SUPP, dan akan diberikan kepada partinya berdasarkan semangat dan konsensus BN.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 8:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]