Kategori Berita Utama

Calon BN dijangka diumum 10 hari sebelum hari penamaan

15 APRIL: Senarai calon PRU14 bagi BN dijangka diumumkan 10 hari sebelum hari penamaan calon berlangsung.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya masih belum menetapkan tarikh tertentu.

“Kita belum putuskan bila tetapi mungkin dalam tempoh 10 hari atau seminggu sebelum penamaan calon.

“Ia akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak,” katanya selepas menghadiri Hari Anugerah Kualiti Pendidikan di Putrajaya, hari ini.

Pada PRU13, BN hanya menyampaikan watikah pelantikan calon pada 15 April 2013 iaitu lima hari sebelum penamaan calon berlangsung.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada minggu lalu mengumumkan hari penamaan calon PRU14 dilaksanakan pada 28 April , hari mengundi (9 Mei) serta tempoh berkempen selama 11 hari.

Sementara Tengku Adnan (foto) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa senarai calon BN sering berubah-ubah.

Jelasnya, senarai calon perlu disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar disukai rakyat.

“Oleh itu, saya meminta semua pihak untuk bersabar dan tidak membuat spekulasi berhubung senarai calon parti,” kata Menteri Wilayah Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 12:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: