Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Calon BN Kajang tumpu kebajikan waga emas

17 MAC: Tinggal seminggu sebelum pengundi di DUN memilih wakil rakyat mereka, BN dalam kempennya memberi pendekatan terhadap kebajikan warga emas dan golongan kurang bernasib baik.

Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menjelaskan, golongan kurang bernasib baik perlu diberi keutamaan seiring dengan pembangunan negara yang semakin pesat.

Menurutnya, perkara tersebut wajar diberi perhatian supaya golongan itu terus mendapat faedah dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam menjamin kesejahteraan mereka.

chewmeifundatinpaduka “Terdapat sejumlah rumah kebajikan yang menempatkan warga emas, kanak-kanak dan golongan kurang upaya (OKU) di seluruh Kajang.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya dan BN untuk memastikan semua rumah kebajikan berkenaan mendapat perhatian daripada Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM), sekaligus mampu  memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada  Pertubuhan Kebajikan Wanita Ikhlas bersama Parti Gerakan, di Kajang

Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong.

Dalam pada itu, Mei Fun menyatakan bahawa jentera BN terus bersemangat untuk melaksanakan program-program dalam kempen yang diadakan, selaras dengan matlamat parti itu yang mengutamakan rakyat.

Katanya, lebih banyak program kempen akan diadakan menjelang hari pengundian pada Ahad depan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: