Kategori Berita Utama

Calon jawatan utama UMNO bersih

Semua calon Naib Presiden, Majlis Tertinggi dan ketua-ketua sayap parti UMNO didapati bersih, tidak muflis dan tiada rekod jenayahsekaligus membolehkan mereka terus bertanding jawatan masing-masing..

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

Katanya, sejumlah 33,012 orang calon layak bertanding di peringkat bahagian.

raoftajolBagaimanapun, seramai 495 telah menarik diri, 334 dikenalpasti sebagai muflis dan 39 yang telah dikenakan tindakan disiplin dan hilang hak sebagai ahli serta kelayakkan bertanding.

Beliau juga mengumumkan, Tun Faisal Ismail, seorang daripada dua orang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang sebelum ini diumumkan tidak layak bertanding kini, kini disahkan layak  bertanding.

Menurut Tajol, walaupun Tun Faisal tidak memenuhi syarat bertanding jawatan MT iaitu tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian atau menjawat jawatan MT sebelum ini, namun pencalonannya diterima kerana beliau adalah Exco Pemuda dan namanya dicadang pergerakan itu.

Katanya keputusan  jawatankuasa pemilihan membenarkan pencalonan itu berdasarkan fasal 10.15 demi kesempurnaan dan kesejahteraan parti.

Seorang lagi calon MT, Prof. Dr. Zainul Fitri Othman yang ditolak sebelum ini, tetap tidak layak bertanding.

Tajol juga mengumumkan pemilihan peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada Sabtu ini dan keputusannya mungkin diketahui lewat malam.

Katanya seramai 51 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan peringkat Wanita, 94 calon untuk pelbagai jawatan Pemuda dan 37 calon merebut pelbagai jawatan Puteri.

Pada sidang media yang sama, setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh menjelaskan calon atau perwakilan yang didapati muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.- 7/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 October 2013 2:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: