Kategori Berita Utama

Calon Parlimen Gelang Patah: MCA umum waktu sesuai

28 MEI: MCA mengambil pendekatan realistik dengan mengerakkan jentera parti terlebih dahulu sebagai persiapan berhadapan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pada masa yang sama, Timbalan Presidennya Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata parti tidak akan tergesa-gesa dalam memilih calon terutama yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

“Jadi, kita akan buat keputusan muktamad apabila sampai waktunya, tak payah tergesa-gesa.

“Saya tidak seperti pembangkang, kata nak menakluk Johor dan macam-macam. Kita buat secara realistik dan kerja dahulu, sebelum bercakap tentang kemenangan,” katanya selepas merasmikan konvokesyen ke-26 Kolej Universiti Selatan ke-26, Ahad.

Pada PRU-13, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menewaskan mantan Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Ketika musim pilihanraya lalu, Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh dianggap sebagai calon utama dicalonkan di kerusi berkenaan, bagaimanapun beliau tidak dicalonkan.

Pada bulan lalu, Kit Siang dilaporkan bersedia mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU- 14.

Sementara itu Ka Siong yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor sudah bermesyuarat semalam bagi membincangkan pelbagai langkah dan strategi berkesan dalam menghadapi PRU-14 di semua peringkat.

“Dalam mesyuarat itu, kita memberi arahan agar menjelang 30 Jun ini, semua bilik gerakan akan dibuka. Ini bagi menyusun persediaan, latihan di semua peringkat,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2017 8:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: