Kategori Berita Utama

Calon PAS pertahankan DUN Sungai Limau

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat mengekalkan kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau setelah menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Walaupun menang, undi diperolehi calon PAS itu merosot berbanding diperolehi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada PRU 13, Mei lalu dengan 2,774 undi.

Dr Ahmad Sohaimi bukan sahaja dapat mengurangkan undi calon PAS itu malah undi diperolehinya juga lebih baik iaitu 10,985 undi berbanding diperolehi calon BN dahulu Mohd Fazillah Mohd ALi sebanyak 10,520 undi.

pasmenang

Mohd Azam bersama penyokong-penyokong ketika menunggu pengumuman keputusan PRK DUN Sungai Limau.

Mohd Azam yang pertama kali bertanding memperolehi 12,069 undi manakala undi diperolehi Azizan pada PRU lalu sebanyak 13,294.

Walau tewas, Dr Ahmad Sohaimi menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan reda dengan keputusan pengundi.

Katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah dengan ditakdirkan kalah selepas jentera BN dan UMNO bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan BN

 “Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih juga kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.

REDA...Dr. Sohaimi terima kekalahan dengan hati terbuka kerana jentera BN dan UMNO sudah berusaha keras.

REDA…Dr. Sohaimi terima kekalahan dengan hati terbuka kerana jentera BN dan UMNO sudah berusaha keras.

Selepas semua 17 pusat pembuangan undi ditutup jam 5 petang Isnin, seramai 23,249 daripada 27,222 pengundi berdaftar DUN Sungai Limau keluar memilih wakil rakyat mereka.

Menurut SPR, peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah sebanyak 85.5 peratus, kurang 0.5 peratus daripada yang disasarkan SPR.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, seramai 24,406 orang atau 89.3 peratus pemilih DUN Sungai Limau keluar mengundi.-4/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2013 8:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: