Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Calon PPBM belum isytihar harta

14 MAC: Setakat ini hanya seramai 103 pemimpin PH telah mengisytiharkan harta dengan Invoke Malaysia membabitkan individu daripada PKR dan PAN.

Bagaimanapun, belum ada calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 daripada PPBM mengisytiharkan harta melalui akuan bersumpah seperti disarankan badan pengkaji bebas itu.

Pengerusi Invoke Malaysia, Rafizi Ramli, berkata setakat ini memang tiada sesiapa daripada PPBM yang membuat keputusan untuk isytihar harta.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu ditemui pada majlis Ikrar Khidmat Rakyat dan Pengisytiharan Harta di Subang Jaya, malam ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, berkata tiada paksaan untuk kedua-dua parti berkenaan mengisytiharkan harta terutama calon yang akan bertanding nanti.

“Pengisytiharan harta ini hanya kepada mereka yang sukarela dan Invoke akan membantu mereka yang mengisytihar dari segi berkempen ketika pilihan raya nanti,” katanya.

Rafizi mengakui ramai yang keberatan untuk mengisytiharkan harta mereka atas pelbagai sebab.

“Saya kenal wakil rakyat yang pada mulanya ragu-ragu, bukan sebab rasuah tetapi ini soal peribadi mereka. Sebab itu saya ambil masa untuk meyakinkan bahawa pengisytiharan harta ini adalah untuk kebaikan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam ucapannya sebelum itu berkata, langkah mengisytiharkan harta dengan Invoke tidak sama dengan berbuat demikian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 9:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: