Kategori Berita Antarabangsa

Cambridge Analytica akui campur tangan pilihan raya Malaysia

20 MAC: Pegawai kanan firma perunding data Britain, Cambridge Analytica mengakui syarikat itu pernah campur tangan dalam pilihan raya di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Memetik laporan Reuters, pengakuan Pengarah Urusan Politik Global, Mark Turnbull diperoleh oleh Rangkaian Channel 4 News melalui operasi penyamaran tahun lalu.

Eksekutif kanan Cambridge Analytica itu juga mengaku merasuah, mengupah bekas pengintip serta pelacur Ukraine untuk memerangkap ahli politik di seluruh dunia.

Operasi itu adalah sebahagian siasatan berterusan ke atas Cambridge Analytica, firma perunding data yang pernah bekerjasama dengan pasukan kempen Presiden Donald Trump pada 2016.

“Jika anda mengumpulkan data mengenai orang ramai dan menganalisis profil mereka, ia akan memberi anda lebih maklumat berhubung apa yang boleh anda gunakan untuk mengenalpasti populasi itu.

“Kami turut melakukannya di Mexico, di Malaysia dan kini di Brazil,” kata Turnbull, yang turut menyebut Australia dan China.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: