Kategori Berita Utama

Cameron Highlands tetap milik MIC

19 FEB: MIC mengesahkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands kepunyaan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata meskipun keputusan belum dibuat oleh Pengerusi BN, namun beliau tetap mempertahankan kerusi berkenaan adalah kerusi tradisi partinya.

Ahli Parlimen Segamat itu mengulas spekulasi yang menyatakan kerusi terbabit sudah diserahkan kepada MyPPP oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan muktamad bahawa ia adalah kerusi MIC,” katanya yang merujuk kepada parlimen Cameron Highlands.

Pada PRU13, Datuk Seri G Palanivel memenangi kerusi berkenaan atas tiket BN.

Bagaimanapun, bekas presiden MIC itu sudah diumumkan bukan ahli parti pada Jun 2015.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam bercakap pada sidang media
Jawatakuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di Ibu Pejabat MIC, ibu kota.

Subramaniam dalam masa yang sama turut berharap agar Pengerusi BN memutuskan calon parlimen selaras dengan pendirian MIC.

Mengulas perkembangan yang sama, beliau turut menolak dakwaan yang menyatakan pengundi di Cameron Highlands lebih menyukai calon MyPPP iaitu Tan Sri M Kayveas.

“Kita pun ada penyelaras di sana, penyelaras kita sedang memikat pengundi di sana,” jelasnya.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan itu enggan mengulas tentang sama ada MIC bakal meletakkan calon baharu atau lama di kawasan berkenaan.

Jelas Subramaniam lagi, senarai akhir calon MIC sudah dihantar dua minggu lalu kepada Najib sekaligus mengharapkan ia tiada perubahan selepas ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 6:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: