Kategori Kawasan YB

Cara Irmohizam elak ketirisan bantuan Pusat

Macam-macam cerita pasal ketirisan membabitkan soal bantuan dan projek-projek kerajaan. Malah, setiap tahun, perkara ini sentiasa mengisi Laporan Ketua Audit Negara.

Justeru itu, bagi mengelak berlakunya ketirisan dalam pengagihan peruntukan,ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim menggunakan kaedah musyawarah bersama pihak berkuasa tempatan dan penduduk setempat bagi mengenalpasti pembangunan yang benar-benar diperlukan mereka.

Bekas pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, melalui kaedah itu, semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta Pengerusi Taman akan duduk semeja dan berbincang permasalahan mereka sebelum peruntukan daripada kerajaan Pusat disalurkan.

irmo1“Saya memberi mereka idea-idea dan mereka sendiri menyatakan masalah masing-masing. Saya cuba membantu diperingkat persekutuan kerana kekangan kami adalah masalah kerajaan negeri yang berbeza dengan kerajaan pusat,’ katanya.

“Alhamdulillah dari semasa ke semasa setiap kali peruntukan diberikan dari peringkat persekutuan,  saya sendiri secara telus memanggil mereka semua dan mereka sendiri yang menentukan apa yang mereka mahu termasuk menentukan peruntukan di parlimen.

“Ini kaedah saya…saya rasa ini adalah kaedah yang baik dan saya melihat mereka tidak mengeluh setakat ini dari segi ketirisan peruntukan dan sebagainya,” katanya.
Menurut beliau, pendekatan ini nyata berkesan apabila beberapa masalah berjaya dikenalpasti dan diambil tindakan irmo4seperti masalah pengangkutan awam diantara Bestari Jaya ke Kuala Selangor, kekurangan rumah mampu milik untuk generasi muda dan usaha untuk meningkat peluang pekerjaan dengan mewujudkan hub industri terutamanya di DUN Ijok.

Selain itu, dengan sekitar 35,000 jumlah kenderaan seminggu melalui kawasan Kuala Selangor sudah pastinya akan menimbulkan kesesakkan lalu lintas kerana jumlah tersebut akan terus bertambah pada masa akan datang.

Dalam mengatasi masalah perumahan, Irmohizam berkata perbincangan dengan pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) telah dibuat bagi mengatasi masalah tersebut.

“Cuma kekangan kami adalah kerajaan negeri bukan daripada Barisan Nasional, jadi saya sedang berusaha mendapatkan lokasi yang sesuai untuk PRIMA menyediakan rumah dan dalam akujanji Perdana Menteri beliau telah bersetuju untuk memberikan 2000 unit rumah PR1MA dalam Parlimen Kuala Selangor.

irmo3“Masalah bas awam juga sudah selesai apabila perkidmatan bermula 2 September lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah memberikan kelulusan kepada City Liner untuk mewujudkan pengangkutan bas awam daripada Bestari Jaya ke Kuala Selangor dan rakyat merasa sangat gembira di atas janji-janji yang telah ditunaikan ini,” katanya.

Dalam usaha menjadikan Kuala Selangor sebagai hub industri pula, Irmohizam berkata walaupun terdapat daripada segi perbezaan parti, beliau telah berbincang dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan dimaklumkan MDKS akan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada tahun 2015.

“Saya fikir sudah tentu dengan adanya penaikkan taraf ini akan memberikan satu impak baru penjenamaan kepada parlimen Kuala Selangor.

Oleh sebab itu jelas beliau, Jabatan Kerja Raya akan cuba memastikan sambungan Lebuhraya Latar akan disegerakan supaya masalah kesesakkan ini dapat diatasi segera untuk mengurangkan masalah kemalangan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Irmohizam yakin sekiranya gerak kerja disusun dengan baik, DUN Ijok yang kini dimiliki PKR mampu irmo5dirampas semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Menurut beliau, program kem pengkaderan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sedang dilakukan melalui pendekatan belia.

Katanya, beliau menggunakan pendekatan sentiasa di sekolah kerana PIBG merupakan rakan rapatnya dalam parlimen Kuala Selangor

“Melalui IM4U, dan saya lihat ini adalah salah satu cara untuk meyakinkan generasi muda untuk mendekati dengan jenama dahulu selepas itu dengan perlahan-lahan kita masukkan pengisian dan sebagainya

Selain daripada mendekati orang muda, ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk didampingi melalui aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah-sekolah.

“Setiap program PIBG ini saya akan cuba datang tanpa perlu protokol…saya telah tekankan pada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya elakkan pelbagai protokol yang konvensional kerana yang paling penting sekali ialah hasil dan pendekatan kita,” jelas beliau.

Beliau juga turut berbincang dengan Adun Jeram dan Adun Bukit Melawati supaya ada keseimbangan dari segi program-program turun padang.

Jelasnya, beliau menghadapi kesukaran untuk bertemu dengan Adun Ijok untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi penduduk di situ.

“Banyak lawatan turun padang saya banyak ditumpukan kepada dun Ijok kerana keluhan rakyat menyatakan bahawa mereka macam kehilangan seorang bapa di dun Ijok.

“Walaupun di DUN Ijok pembangkang, saya tidak pilih kasih. Semua sama rata kerana bagi saya yang paling penting sekali adalah rakyat puas hati terhadap apa cuba saya lakukan walaupun saya akui bukan mudah kerana jumlah penduduk semakin meningkat dan cabaran juga semakin meningkat,”katanya

Beliau telah meminta dengan kerajaan Persekutuan supaya setiap program haruslah ditumpukan di parlimen Kuala Selangor kerana parlimen Kuala Selangor ini adalah parlimen yang BN menang.

Dalam PRU-13 lalu, Irmohizam membuat kejutan apabila menewaskan penyandang kerusi yang juga merupakan Pengarah Strategi PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dengan majoriti 460 undi.- 29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2013 12:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: