Kategori Berita Utama

Cat merah dan bangkai ayam dikirim buat Teresa Kok

19 FEB: Bukan sahaja disimbah cat merah, malah seekor bangkai ayam turut dihantar ke pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok oleh pihak terrtentu yang belum dikenalpasti.

Kejadian disedari jam 9 pagi Selasa.

Cat merah itu disimbah di bahagian tangga pintu masuk Kok manakala bangkai ayam yang terkulai tengkok ditemui di bawah.

Bangkai ayam untuk Teresa_kokok_Kok turut mengesahkan kejadian itu dan memuat-naik gambar cat merah serta  bangkai ayam itu di laman Facebook rasminya serta membuat laporan polis.

Kok merayu supaya semua pihak menghentikan tindakan memainkan sentimen kebencian apabila beliau terus menjadi sasaran dengan penemuan bangkai ayam dan simbaha cat merah di pejabatnya pagi ini.

Ini adalah kali kedua bangkai haiwan dibuang di pusat khidmat Kok di Jalan Kuchai Lama, selepas bangkai tikus dalam kejadian pertama.

Kok percaya, kedua-dua kejadian ada kaitan dengan klip video berjudul ‘Onederful’ Malaysia CNY 2014′ yang beliau muat-naik di media sosial YouTube.

“Saya merayu kepada orang-orang yang memutarbelitkan video saya, menggelar saya anti-Melayu, anti-Islam, anti-Agong, dan anti pemimpin negara kita untuk berhenti memainkan sentimen kebencian yang membuat orang benci saya, dan menggalakkan kebencian terhadap orang bukan Melayu juga,” kata Kok kepada pemberita di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa mengesahkan kejadian.

IMG-20140219-WA0002

Anggota polis mengambil keterangan Kok, Selasa.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan melibatkan ugutan jenayah, Seksyen 352 Kanun Kesesksaan melibatkan serangan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi menyebabkan bencana.

“Pihak polis mengesyaki kejadian ini ada kaitan dengan vide klip berkaitan kenyataan Kok sebelum ini,” katanya.

Februari lalu, gabungan 30 badan bukan kerajaan (NGO) menamakan diri mereka Majlis NGO Islam menganjurkan perhimpunan ‘tampar dan sembelih’ sebagai protes terhadap video Teressa yang disifatkan biadap kerana sindiran yang keterlaluan kepada pemimpin negara, selain menghina rakyat Sabah.

Gganjaran RM500 ditawarkan kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar Kok dengan menyertakan bukti bergambar.

Jumlah ganjaran tersebut kemudianya dinaikkan kepada RM1,200.

Video kontroversi itu juga manarik sebuah NGO bukkan Melayu, Golongan Profesional Cina Muda membuat kenyataan menafikan sikap ditunjukkanTeresa sebagai budaya orang Cina dan menggesa ahli DAP itu memohon maaf secara terbuka.

Selain itu, lebih 300 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Kok berhubung perkara itu dan polis sudahpun menyerahkan kertas siasatan untuk tindakan Pejabat Peguam Negara minggu lalu.

Kok sendiri turut membuat laporan polis mendakwa menerima banyak ugutan serta gangguan setelah video yang dihasilkannya mula tersebar luas di alam siber.-bnbbc.my

FB Berkokok

Kok kini merayu kempen membenci beliau dihentikan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2014 12:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: