Berita Arkib BNBBC - Berita Antarabangsa

Kategori ini mengandungi 3150 berita

Kategori Berita Arkib BNBBC

Trump ucap selamat menyambut Aidilfitri

25 JUN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan selamat menyambut hari perayaan terbesar umat Islam selepas hari terakhir Ramadan, semalam. “Bagi pihak warga Amerika Syarikat, saya dan isteri, Melania dengan besar hati mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua warga Muslim,” kata Trump dalam satu kenyataan. Menurut beliau, AS akan terus komited untuk menghormati nilai ini […]

Lebih 140 tertimbus dalam tanah runtuh

24 JUN: Lebih 140 orang dari 40 keluarga dikhuatiri tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat yang melanda kawasan perkampungan di China sejak Jumaat. Kejadian tanah runtuh itu berlaku awal pagi tadi di kawasan lembah Maoxian County ke barat daya Wilayah Sichuan. Tanah runtuh itu menghalang laluan sungai sejauh 2 km dan 1.6km di […]

Pengebom nekad di Mekah,11 cedera

24 JUN: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah dilaporkan mengalami kecederaan selepas seorang pengebom nekad menjadikan kota suci Makkah sebagai sasaran meletupkan dirinya, kata kementerian dalam negeri, Arab Saudi. Kejadian dilaporkan berlaku semalam di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini. Jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, yang […]

Peti sejuk berkemungkinan punca kebakaran Menara Grenfell

24 JUN: Pihak penyiasat British sedang mempertimbangkan berkemungkinan mengenakan dakwaan membunuh tanpa niat susulan tragedi kebakaran menara Grenfell Tower yang meragut 79 nyawa dan menyebabkan ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal pada 14 Jun lalu. Polis London dalam satu kenyataan, mengarahkan saki baki penduduk yang masih tinggal di kediaman mereka untuk meninggalkan bangunan 24 tingkat itu […]

Datuk paling hangat di China

23 JUN: Golongan warga emas biasanya akan menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah bersama anak cucu. Tapi tidak bagi Wang Deshun, 81, yang dianggap sebagai datuk paling hangat di China bagai superstar. Kehidupan Wang Deshun berubah pada dua tahun lalu selepas dia mendapat peluang membuat pertunjukan di Fesyen China di Beijing. Dengan rupa fizikalnya, janggut […]

Brexit: Penduduk EU boleh kekal di UK

23 JUN: Penduduk blok Kesatuan Eropah (EU) dibenarkan kekal menetap di Britain selepas proses Brexit. Perkara berkenaan didedahkan Perdana Menteri Britain, Theresa May ketika bertemu pemimpin Eropah buat kali pertama sejak pilihan raya. Berada dalam tekanan sejak kehilangan majoriti pada pilihan raya 8 Jun lalu, dan May memberi jaminan berhubung nasib kira-kira tiga juta penduduk Eropah […]

Penduduk dunia bakal cecah 9.8 bilion

22 JUN: Jumlah terkini penduduk dunia seramai 7.6 bilion akan mencecah 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan rakyat India akan mengatasi China dalam masa tujuh tahun lagi. Berdasarkan laporan Jabatan Ekonomi dan Sosial, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nigeria akan mengambil alih tempat Amerika Syarikat pada 2050 untuk menjadi negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. “Dengan […]

Daish musnahkan masjid 840 tahun di Iraq

22 JUN: Kumpulan militan Daish dipercayai meletupkan Masjid An-Nuri di Mosul, Iraq yang turut memusnahkan menara ikoniknya yang terkenal sebagai Al-Hadba. Menara itu berusia lebih daripada 840 tahun. Masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Besar Mosul diisytiharkan oleh Ketua Militan Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi pada 2014 sejurus selepas militan menawan bandar kedua terbesar di Iraq itu. […]

Insiden tebusan di Filipina berakhir

21 JUN: Insiden tebusan di sebuah sekolah rendah di selatan Filipina dilaporkan berakhir selepas anggota militan yang menyerbu sekolah itu melarikan diri. Jurucakap tentera berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. “Ia sudah berjaya diselesaikan. Mereka sudah melarikan diri. Mereka sudah tidak ada di situ (sekolah). Kawasan sekolah sudah kembali selamat,” kata jurucakap tentera, […]

Militan Daesh tawan sekolah di Marawi

21 JUN: Kumpulan militan Daish menyerbu sebuah sekolah di Marawi, Filipina awal pagi tadi serta menjadikan beberapa pelajar sebagai tebusan. Menurut polis Filipina, kejadian berlaku di pulau yang sama di mana pertempuran antara tentera kerajaan dan militan yang memasuki minggu ke lima. Dalam kejadian itu, seramai 300 lelaki bersenjata terdiri daripada anggota Bangsa Moro Islamic Freedom […]



UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]