Berita Arkib BNBBC - Ekonomi

Kategori ini mengandungi 1603 berita

Kategori Berita Arkib BNBBC

AirAsia X tawar 8,888 tempat serendah RM188

24 MAC: AirAsia X Berhad mengumumkan promosi istimewa bagi penerbangan terus hariannya dari Kuala Lumpur ke Wuhan, dengan 8,888 tempat duduk promosi dari harga serendah RM188 sehala. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Benyamin Ismail berkata, tempahan boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone atau Android […]

Ekonomi negara 2017 diunjur berkembang 4.3%-4.8%

23 MAC: Ekonomi negara pada tahun ini diunjur berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus bersandarkan kepada faktor permintaan domestik dan sokongan daripada sektor luar. Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim berkata permintaan domestik akan kekal menjadi pemacu utama dengan sokongan daripada peningkatan eksport bersih manakala penggunaan swasta akan disokong oleh pekerjaan berterusan dan pertumbuhan pendapatan. […]

Brent kembali ke paras lebih AS$50 setong

23 MAC: Harga minyak pagi ini pulih daripada kerugian semalam, walaupun pasaran terus ditekan peningkatan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) dan pertambahan pengeluaran minyak syal menutupi usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengawal pengeluaran minyak global. Dagangan hadapan Brent berada pada AS$50.95 setong pada 0033 GMT, naik 31 cent daripada paras penutupnya. Ia muncul selepas […]

Pelaburan di Iskandar Malaysia cecah RM222 bilion

22 Mac: Iskandar Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM32.15 bilion pada 2016, mengatasi sasaran tahunannya sebanyak RM25 bilion. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, berkata pada suku keempat 2016, wilayah ekonomi itu memperoleh pelaburan baharu bernilai RM3.6 bilion. “Sejak 2006 sehingga 31 Disember lalu, wilayah ini menarik jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM222.44 […]

Wall Street dibuka rendah

22 Mac: Dagangan saham di Amerika Syarikat (AS) dibuka sedikit rendah pada awal pagi Rabu selepas Wall Street mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh sehari sejak pilihan raya November lalu. Kejatuhan ini dipercayai berikutan kebimbangan pelabur mengenai penangguhan ‘dasar pro pertumbuhan’ oleh Presiden Donald Trump yang berpotensi berlaku. Indeks purata Dow Jones menyusut 33.69 mata atau […]

FGV tidak bincang jual saham kepada syarikat China

22 MAC: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menjelaskan bahawa tidak pernah berbincang mengenai penjualan sahamnya dengan mana-mana syarikat, termasuk China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (COFCO) seperti dilaporkan media baru-baru ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad. Beliau berkata, FGV juga tidak pernah berbincang berhubung penggabungan dan pengambilalihan […]

Rizab Bank Negara cecah setengah trilion ringgit

22 Mac: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM)  sehingga 15 Mac lalu berjumlah US$94.9 bilion (RM425.5 bilion). Menurut kenyataan oleh BNM pada Rabu, paras rizab berkenaan sudah memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$88.3 bilion), paras rizab Tabung […]

Kedatangan Jack Ma bantu industri e-dagang negara

22 Mac: Pengasas Alibaba, Jack Ma dijangka menjadi tumpuan dunia korporat tempatan dan luar negara apabila berkunjung ke Malaysia pada hari ini. Dengan memiliki syarikat gergasi e-perniagaan, tokoh usahawan dari China ini difahamkan bakal menubuhkan sebuah hab pengedaran serantau di negara ini bagi meluaskan empayar perniagaannya. Analisis oleh Orinetal Daily melaporkan bahawa penubuhan hab pengedaran itu […]

Sasaran RM6 bilion industri aeroangkasa 2017

22 Mac: Industri aeroangkasa negara dijangka meningkat sebanyak tujuh peratus tahun berikutan permintaan menggalakkan dari negara-negara Asia khususnya China dan India. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, segmen pembuatan aero yang merupakan bahagian utama dalam industri negara, disasarkan menyumbang 55 peratus kepada nilai keseluruhan industri tahun ini. “Pendapatan industri penyelenggaraan, pembaikan dan […]

Ragu keupayaan Trumph, saham Wall Street jatuh teruk

22 MAC: Saham di Wall Street semalam berdepan kejatuhan terburuknya sejak tahun ini selepas tercetusnya keraguan terhadap keupayaan Presiden, Donald Trump untuk menjayakan agenda yang dijanjikannya di Washington. Ketiga-tiga indeks Amerika Syarikat (AS) jatuh mendadak dengan Nasdaq menjunam 1.8 peratus, dua hari sebelumnya undian penting bagi dasar penjagaan kesihatan negara itu. Pasaran saham Eropah turut […]



UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]