Berita Arkib BNBBC - Berita Utama

Kategori ini mengandungi 7806 berita

Kategori Berita Arkib BNBBC

Kecoh di Dewan Rakyat: Lebih 1 undi tetap dikira menang

20 NOV: Proses undian belah bahagian di Dewan Rakyat pada Isnin yang  dipertikai ahli-ahli parlimen pembangkang bukan sesuatu yang luar biasa. Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, ia tidak melanggar peraturan mesyuarat dan walaupun keputusan undian hanya lebih satu undi, ia tetap dikira menang. Sebaliknya menurut Ahli Parlimen […]

Perangkap undian belah bahagian pembangkang cemaskan Dewan Rakyat

20 NOV: Pembangkang hari ini membuat kejutan apabila menuntut undi belah bahagian selepas Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin selesai menjawab perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat. Cadangan undian itu diminta Ahli Parlimen PKR G.Manivannan apabila menyedari bilangan ahli-ahli parlimen pembangkang lebih ramai berbanding […]

MPs DAP, PKR terkedu dibantai Noh

20 NOV: Wakil rakyat DAP, Datuk Ngeh Koo Ham terkelu lidah selepas gagal memberikan maklum balas kepada Tan Sri Noh Omar berhubung isu cukai tanah premium tinggi yang dikenakan kerajaan Selangor ke atas dua tapak untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) di negeri itu. Sebelum itu, suasana di Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila […]

PH perlu selesai 2 isu utama sebelum dapat kelulusan RoS

20 NOV: Pakatan Harapan (PH) perlu menyelesaikan dua perkara utama bagi membolehkan pendaftarannya mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Ia adalah senarai nama terbaru pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang masih belum diserahkan kepada RoS serta kegagalan PPBM dalam membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, […]

Kerajaan ambil langkah sewajarnya selepas RON95, diesel melebihi RM2.50

20 NOV: Kerajaan bersetuju mengambil langkah sewajarnya selepas harga RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan. Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini langkah bersesuaian yang akan dikenal pasti kelak bagi mengurangkan impak kenaikan harga runcit petrol kepada rakyat. “Berdasarkan trend kenaikan harga minyak mentah dunia sejak kebelakangan ini, kerajaan […]

Adun DAP Johor tuntut Mahathir mohon maaf dengan Sultan

20 NOV: Wakil rakyat DAP, Dr Boo Cheng Hau hari ini mahu Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Sultan Selangor dan Johor berikutan kenyataannya tentang masyarakat Bugis yang mencetuskan kontroversi. Adun Skudai, Johor itu berkata, Mahathir, Pengerusi PH tidak seharusnya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasal daripada keturunan ‘lanun Bugis’. Baginya, kenyataan bekas […]

Semakan Batu Putih tiada kaitan PRU, kata Khairy

20 NOV: Pemuda UMNO menyelar kenyataan kerajaan Singapura yang memperlekeh permohonan semakan semula  tuntutan negara ke atas Batu Putih. Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata dakwaan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong bahawa  kerajaan Malaysia melakukan semakan kerana pilihanraya umum disifatkan tidak bertanggungjawab. Malah, menurutnya, tuduhan itu bakal merosakkan hubungan baik antara kedua negara. “Untuk makluman, semasa […]

SPRM terima senarai calon PRU untuk disemak

20 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kebiasaannya agensi itu hanya menerima senarai calon dari BN untuk disaring. “Parti-parti pembangkang sering mengambil ringan terhadap perkara berkenaan. “Terpulanglah kepada parti-parti yang ingin bertanding untuk […]

Wan Azizah, Azmin tidak tandatangan akujanji dana Invoke

19 NOV: Tiada wakil daripada DAP dan PPBM menandatangani program tandatangan akujanji penawaran dana pilihan raya Invoke. Hanya wakil PKR dan PAN turut serta bagi membolehkan mereka menerima dana sehingga RM20,000 bagi kempen pilihan raya akan datang. Dana tersebut dirancang melalui kutipan derma daripada orang ramai kepada tabung Invoke yang mensasarkan RM5 juta. Mereka yang […]

Serapkan mentaliti kemenangan, jangan terbuai dengan kemelut pembangkang

19 NOV: Dalam apa jua situasi pun, Ahli UMNO perlu menerapkan mentaliti kemenangan bagi memastikan kejayaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, setiap ahli UMNO mesti yakin dengan kemampuan parti dan tidak perlu terikut-ikut rentak dan tari yang didendangkan parti lawan untuk mengekalkan […]



UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]