Berita Arkib BNBBC - Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kategori ini mengandungi 16354 berita

Kategori Berita Arkib BNBBC

2 mangsa culik bakal pulang ke Malaysia

25 MAC: Kedua-dua mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas, 46 dan Tayudin Anjut, 63 akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat, kata Kementerian Luar Negeri. Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila. Jelas […]

Rogol tahanan, pegawai Imigresen ditahan polis

25 MAC: Polis Melaka menahan seorang anggota Jabatan Imigresen yang disyaki terbabit kes rogol seorang tahanan wanita warga Thailand di negeri ini, awal bulan ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ruslan Hassan, berkata suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di pejabat Jabatan Imigresen, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, kira-kira jam 5.30 petang, Jumaat. “Pihak kami akan […]

Rahman Dahlan: Pembangkang berbohong, pecah-belah rakyat

25 MAC: Tindakan pembangkang terutama DAP melakukan pembohongan berterusan kepada rakyat bukan sahaja memudaratkan kepimpinan dan imej negara di peringkat antarabangsa malah kehidupan masyarakat, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Beliau menyifatkan tindakan yang mendakwa kerajaan menjual negara kepada China dan Arab Saudi jelas merupakan satu pembohongan besar. “Martabat kita […]

Penjawat awam negeri pembangkang layak mohon PPA1M

25 MAC: Harga rumah Program Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang berharganya kurang daripada RM300,000 dan lebih rendah daripada harga pasaran itu adalah bagi membantu penjawat awam di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tegas beliau penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang pun layak mohon. “Ini bukti kerajaan tetap hulur bantuan […]

PM: Dialog meja bulat bantu ekonomi negara

24 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan peserta industri utama dan persatuan-persatuan perniagaan dalam dialog meja bulat ekonomi untuk mendapatkan maklumat balas berkenaan produktiviti negara. Beliau yang juga Menteri Kewangan, dalam ucapannya pada pertemuan di Putrajaya, Jumaat berkata  dialog ini  membolehkan beliau mengambil pandangan peserta bagi membolehkan kerajaan menangani isu-isu bersangkutan “Kita […]

SPRM teliti titah Sultan Johor

24 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membuat siasatan pendedahan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan ejen yang menjual pangkat dan darjah kebesaran di Johor. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, SPRM akan meneliti sebelum membuka kertas siasatan jika terdapat keperluan. Kita akan melihat perkara ini. Ia adalah jenayah dan […]

Hadi tiada tokoh pimpin PAS, dakwa Tun M

24 MAC: Perang mulut antara Pengerusi PBBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang berterusan, selepas mantan perdana menteri itu melabelkan Hadi sebagai kurang berkarisma dalam memimpin partinya. Tegas Tun Mahathir, tindak-tanduk Hadi menjadikan PAS ibarat parti tidak berpendirian. “Parti yang dipimpin Hadi tidak mempunyai penyelarasan terutama apabila sering bertukar pendirian mengenai […]

PM: Takziah pada keluarga Siti Rahmah

24 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga pejuang kemerdekaan, Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pada pagi tadi. Menerusi Twitter rasminya, beliau memulakan dengan ungkapan Innalillah. “Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi. “Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” kata Najib pada Jumaat. Siti Rahmah, […]

Noh sokong debat Tun M-Nazri

24 MAC: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar memberi sokongan penuh  terhadap program debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Jelas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu debat itu sewajarnya dilangsungkan bagi membolehkan rakyat mendengar dan membuat penilaian terhadap hujahan kedua-dua […]

PRU-14: BN diramal kekal di Putrajaya

24 MAC: Perselisihan antara parti pembangkang serpihan UMNO hanya membuatkan Barisan Nasional (BN) terus utuh walaupun dijangka kurang mendapat sokongan pengundi Melayu. Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (foto) menjelaskan perselisihan itu akan membuatkan reputasi mereka diragui pengundi. “Kedudukan BN akan bertambah kuat walaupun […]



UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]