Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Catuan air jimat 331 juta liter sehari

16 MAC: Pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di sembilan wilayah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjaya mengurangkan kadar penggunaan bekalan air bersih sebanyak 331 juta liter sehari (JLH).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kadar penggunaan air secara keseluruhan kini adalah sebanyak 4,369 JLH berbanding kira-kira 4,700 JLH pengeluaran biasa.

Empangan Sungai Selangor yang kering.

Empangan Sungai Selangor yang kering.

SYABAS juga memaklumkan tiada penghantaran bekalan air melalui lori-lori tangki atau tangki air statik di semua kawasan catuan kerana pelan catuan yang dijalankan merupakan pelan yang menghadkan bekalan air mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun pertimbangan untuk menghantar bekalan air kecemasan dilakukan mengikut keutamaan seperti upacara kematian, kenduri dan pusat dialisis.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga dilaksanakan susulan dari keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan perlepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sebanyak 500 JLH dan empangan Klang Gates sebanyak 30 JLH.

Selain itu, pelan pencatuan juga dilaksanakan susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran dari pencemaran air mentah.

Paras air normal Empangan Sungai Selangor jjika penuh.

Paras air normal Empangan Sungai Selangor jika penuh.

Bagi mengetahui kawasan yang terlibat serta jadual catuan bekalan air, orang ramai boleh melayari laman web SYABAS di alamat www.syabas.com.my.

Para pengguna juga diharapkan agar memberikan kerjasama dalam usaha mengurangkan penggunaan bekalan air dan terus berjimat bagi membolehkan bekalan air dapat bertahan lebih lama.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2014 9:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: