Kategori Berita Utama

Celik IT kriteria jadi calon PRU – Ahmad Maslan

28 FEB: BIRO Media Sosial dan Teknologi Maklumat (IT) UMNO perlu mendalami ilmu pengetahuan untuk menangkis dakwaan tidak berasas dan berita palsu yang sengaja diwujudkan untuk mencemar nama baik kerajaan BN.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia penting menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Apa yang kami mahu lihat adalah semua biro media sosial dan IT UMNO di seluruh negara melaksanakan peranan aktif dalam menyebar maklumat berkaitan program kerajaan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” lapor Bernama.

Pada masa sama, Ahmad menegaskan berita palsu dan fitnah bukan diwujudkan oleh jentera BN, tetapi oleh mereka yang “bankrap isu”

“Oleh itu pengguna media sosial diingatan tidak menyalahgunakan media sosial sebaliknya menggunakan kemudahan itu secara beretika untuk berkongsi berita dan maklumat yang disahkan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengesa bakal calon parti yang berhasrat menjadi calon melibatkan diri secara aktif dalam media sosial serta celik IT.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya membenarkan kempen politik dijalankan sehingga 12 tengah malam dan SPR tiada peraturan untuk mengehadkan kempen politik menerusi media sosial, dan ini menjadikan media sosial malah lebih menarik lagi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 2:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: