Kategori Ekonomi

CEO, CFO FGV terima surat tunjuk sebab

13 JUN: Lembaga Pengarah FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Zakaria dan Ahmad Tifli diberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat berkenaan.

Mereka juga akan terus bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.

Pada minggu lalu, Lembaga Pengarah mengarahkan empat pegawai kanannya bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman membabitkan tunggakan bayaran Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 10:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: