Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk

11 FEB: Ceramah Pakatan Harapan (PH) di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi terpaksa dibatalkan selepas menerima bantahan daripada penduduk tempatan.

ADUN DAP Stulang Andew Chen Kah Eng menuduh gangguan itu berpunca daripada UMNO dan BN.

“UMNO BN telah salah gunakan kuasa mereka sebagai kerajaan untuk menakutkan orang supaya tidak beri ruang kepada kita untuk bertemu dengan rakyat,” kata Kah Eng dalam sidang media yang disiar menerusi Facebook dari sebuah kedai makan di Kampung Bakar Batu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Setiausaha PH Johor, Osman Sapian dari PPBM dan Ketua Penerangan PKR Johor, Akmal Nasir.

Jeritan kemarahan boleh didengar ketika sidang media itu dirakamkan.

Osman mendakwa beliau menghadapi gangguan yang sama oleh pemuda yang memakai baju biru sebelum ini.

“Kalau baju biru, siapa dia. Iaitu orang Barisan Nasional. Pemuda UMNO, Pemuda Barisan Nasional,” katanya.

Ketika Osman bercakap dalam sidang media itu, seorang lelaki tua yang memakai kopiah putih menyampuk dengan suara yang kuat.

“Tolong jangan lebih-lebih. Cukup. Jangan libatkan UMNO, saya tak suka. Jangan guna isu politik mengatakan UMNOL. Saya penduduk kampung,” kata lelaki itu yang bertegang leher dengan Osman.

Keadaan kemudian menjadi semakin tegang dan seorang pemuda memakai topi biru memberitahu pemimpin PH untuk “relaks” dan “kita tak nak kecoh”.

Selepas kekecohan itu reda, kamera diarahkan kepada Kit Siang, yang enggan memberi komen sehingga mendapat penjelasan daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Kumpulan itu kemudiannya beredar dengan aman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2018 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: