Kategori Berita Utama

Cermin muka dahulu sebelum minta jawatan menteri: Anwar

17 MEI : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah dipilih sebagai ahli parlimen cermin muka terlebih dahulu sebelum merebut jawatan sebagai menteri Kabinet.

Menurutnya apa yang lebih penting adalah tanggungjawab selepas dipilih rakyat, bukan menjadi lebih tamak untuk memegang jawatan.

“Ini saya nak peringat Ahli Parlimen dalam ni ramai, asyik nak jadi menteri saja, tengok cermin lah dulu.

“Dah menang, Alhamdulillah, rakyat bagi sokongan, pilih jadi menteri jalan lah kerja, duduk sibuk saya nak jadi menteri, menteri dapur cukup lah,” katanya dalam  ceramah pada perhimpunan di Padang Timur, Petaling Jaya yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Harapan.

Ceramah Anwar itu adalah kali pertama selepas beliau dibebas daripada penjara sebaik mendapat pengampunan Yang di Pertuan Agong.

Anwar dalam masa yang sama turut berkata yang beliau telah menolak pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohama untuk melantiknya sebagai Penasihat menteri.

Tambahnya beliau akan menyokong apa sahaja kemampuan Perdana Menteri itu dalam menguruskan pentadbiran baharu.

Sehingga kini Dr Mahathir sudah melantik Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Menteri Dalam Negeri, Presiden PAN Mohamad Sabu Menteri Pertahanan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 6:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: