Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Chegubard buat laporan polis PH sebar fitnah

19 FEB : Fitnah terhadap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang terbaru adalah serangan balas PH kerana mendedahkan korupsi yang berlaku dalam kalangan pemimpin mereka.

Ia berikutan pada tiga hari lalu telah tersebar dikatakan isterinya telah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam korupsi dengan UMNO untuk membeli ahli PPBM.

Chegubard yang menafikan perkara itu berkata ia adalah fitnah yang disebarkan PH sendiri menerusi kumpulan whatsapp yang didalamnya terdiri daripada pemimpin tertinggi PH.

Aktivis Badrul Hisham atau Chegu Bard menunjuk laporan polis dan SKMM berhubung fitnah yang dibuat keatas beliau dan keluarga di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Dang Wangi

Namun mereka mendiamkan perkara itu meskipun fitnah tersebut telah tersebar.

“Ia disebar oleh mereka yang sangat dikenali sebagai pendokong bergelar pimpinan PH. dimulam dengan mereka yang sangat rapat dan merupakan cybertrooper berbayar.

“Saya menafikan sepenuhnya bahawa ia adalah fitnah sama ada saya, isteri atau ahli keluarga telah ditahan SPRM ataupun terlibat dengan sebarang siasatan korupsi membeli ahli PPBM.

“Fitnah ini sangat tersebar luas namun pemimpin PH bisu, tetapi ada juga yang tolong forwardkan kepada kumpulan whatsapp yang lain, ” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Isnin.

Terdahulu beliau telah membuat laporan polis mengenai beberapa perkara itu disekalikan dengan beberapa bukti kukuh sekaligus meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera terhadap mereka.

Dalam laporan itu juga turut dilampirkan 100 penama yang terlibat dana penyebaran fitnah tersebut.

Antara yang terlibat, Kelab Chedet, Azizan Abdul Shukor (kumpulan Facebook PH) dan INVOKE.

Malah dikatakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga ada di dalam kumpulan whatsapp yang sama.

“Kamu (Wan Azizah) tahu isu fitnah tapi diam dan hanya nikmati. Adakah fitnah hanya akan dijawab jika ia membabitkan suami dan keluarga kamu sahaja?

“Sekarang tidak ada alasan lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak. Pemimpin PH wajib bagi respon,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 2:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: