Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Chelsea jemput TMJ

28 JUN: Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima jemputan khas daripada kelab gergasi England, Chelsea bagi menyaksikan perlawanan membabitkan juara Liga Perdana Inggeris itu dalam International Champions Cup di Singapura.

Kelab dimiliki Roman Abramovich itu dijangka menentang gergasi bolasepak Jerman, Bayern Munich dalam kejohanan yang bermula 25 Julai depan.

“Ini adalah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Chelsea dan JDT bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang.

“Surat ini juga telah membuktikan bahawa misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini yang mahukan JDT dikenali dunia tetap diteruskan,” memetik kenyataan JDT di Facebook rasminya hari ini.

Chelsea merupakan satu kelab yang tidak asing di persada sukan bola sepak dunia serta tanahair yang menampilkan ramai bintang ternama termasuk Cesc Fàbregas, John Terry,  Eden Hazard dan ramai lagi.

Kelab yang bertapak di London itu pernah beraksi menentang pilihan Malaysia pada 2013 dalam aksi persahabatan.

Sementara itu, JDT sudah mengadakan hubungan luar dengan beberapa kelab ternama Eropah seperti Borussia Dortmund, Valencia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 11:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: