Kategori PRK DUN Kajang N25

Chew Mei Fun jadi jambatan penghubung dengan Pusat: Muhyiddin

14 MAC: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Datin Paduka Chew Mei Fun boleh menjadi ‘jambatan penghubung’ antara penduduk Kajang dan kerajaan Pusat sekiranya memenangi PRK DUN Kajang.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan perkara itu ketika berkempen di Flat Kota Cheras di sini malam Khamis.

Muhyiddin berkata, walaupun dia (Mei Fun) akan jadi ADUN biasa di sebuah negeri pembangkang tetapi jangan lupa beliau ada accessibility kepada pemimpin utama BN.

IMG-20140313-WA0110“Ada penduduk tanya apa guna kalau hanya jadi pembangkang di Selangor…takda peruntukan tetapi jangan lupa beliau akan jadi jambatan penghubung dengan kerajaan Pusat,” ujar Timbalan Perdana Menteri.

Tegas Muhyiddin, kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan keupayaan jauh lebih besar daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, masalah penduduk di Kajang seperti kesesakan jalan raya, banjir kilat, bumbung diterbangkan ribut dan masalah membabitkan pendidikan pasti akan jadi keutamaan BN bagi diselesaikan.

IMG-20140313-WA0092 (1)Dalam pada itu, Mei Fun juga bakal menjadi wakil rakyat 24 jam memandangkan status dirinya yang masih belum bekeluarga.

Walaupun menganggap PRK Kajang satu cubaan pembangkang mencari dalih mencuri sokongan rakyat bagi menutup perselisihan dalaman PKR namun ia menjadi tanggungjawab BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2014 10:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: