Kategori Berita Utama

Chin Tong berniat jahat manipulasi kenyataan Hishammuddin

22 DIS : Ahli Parlimen Kluang (DAP), Liew Chin Tong berniat jahat apabila sengaja memanipulasikan jawapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung pembinaan kem tentera di Sembrong.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Onn Hafiz Ghazi, soal keselamatan tidak harus dicampur adukkan dengan motif politik tetapi Chin Tong menjadikan perkara itu sebagai publisiti murahan DAP dalam meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tambahnya lagi kenyataan Ketua DAP Johor juga tidak berasas berniat mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Menteri Pertahanan yang juga  Ahli Parlimen Sembrong.

“Jika perancangan pembinaan kem di Sembrong adalah berasaskan motif politik, seperti yang didakwa Chin Tong, sudah pastinya Datuk Seri Hishammuddin akan memastikan kem itu lengkap dan selesai dibina sebelum PRU.

“Namun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali dan kem berkenaan kini masih di peringkat pembinaan dan tidak mungkin siap sblm PRU 14,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respon daripada kenyataan Chin Tong yang mendakwa Hishammuddin berbohong kerana menafikan bahawa kem tentera sedang dibina di kawasan Sembrong di Johor.

Onn Hafiz (foto) berkata, Chin Tong tidak sepatutnya mempolitikkan perkara itu dan mendakwa undi daripada tentera akan membantu Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Tambah beliau, segala pembinaan dan penambahbaikan kem adalah berasaskan keperluan dan kepentingan keselamatan negara, dibawah Kementerian Pertahanan dimana ia telah dilakukan sejak sekian lama.

“DAP dilihat cuba mengaitkan perancangan keselamatan dengan motif politik. Ini merupakan tindakan yang keji untuk meraih populariti murahan melalui politik kebencian dan keraguan.

“Sekiranya pihak beliau mempunyai keraguan, saya yang juga  Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, sentiasa terbuka untuk menjawab pertanyaan beliau bagi membantu mengakhiri segala prasangka yang tidak baik,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2017 3:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: