Kategori Berita Antarabangsa

China musnahkan gereja Kristian

13 JAN: Pihak berkuasa di utara China memusnahkan gereja besar Kristian dalam tindakan yang dikecam kumpulan hak asasi beragama, seolah-olah seperti memerangi Taliban.

Presiden kumpulan hak asasi agama di Amerika Syarikat ChinaAid Association, Bob Fu berkata pasukan polis tentera digerakkan untuk memantau kerja pemusnahan itu yang menggunakan banyak bahan letupan.

“Ia seperti operasi menentang Taliban dan Daesh terhadap gereja yang aman,” katanya sambil menambah kira-kira 50,000 anggota keselamatan terbabit.

Secara rasminya, China adalah negara atheis dengan pihak berkuasa negara itu bimbang dengan pergerakan di luar kawalan mereka termasuk kumpulan agama.

Gereja besar Golden Lampstand yang dicat dengan warna kelabu, dikelilingi banyak menara serta lambang salib besar berwarna merah terletak di Linfen, wilayah Shanxi.

Laporan Global Times memetik pegawai tempatan yang tidak dinamakan sebagai berkata tindakan merobohkan bangunan itu bermula pada Selasa lalu di bawah kempen meluas di seluruh bandar terbabit untuk memusnahkan bangunan haram.

“Seorang penduduk Kristian menawarkan tanah pertaniannya kepada pertubuhan Kristian tempatan dan mereka membina gereja dengan samaran membina gudang,” kata pegawai itu.

Jabatan perumahan tempatan menghentikan pembinaan gereja itu pada 2009 apabila ia hampir siap, kata beliau.

Beberapa ahli kumpulan Kristian kemudian dipenjara, kata pegawai itu lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 9:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: