Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cikgu Azizan bebas

19 DIS: Seorang guru yang sepatutnya dibicarakan hari ini atas pertuduhan mencederakan anak muridnya, dibebaskan.

Majistret Mahkamah Seremban, Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas pendakwa raya menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azizan Manap (dua dari kiri) di perkarangan Mahkamah Seremban.

Azizan Manap, 44, yang merupakan pendidik bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai dituduh mencederakan anak muridnya yang didakwa terbabit dalam kes disiplin berat termasuk menghidu gam.

Kes ini menarik perhatian umum serta viral di media sosial sehingga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada Jumaat lalu menggesa guru-guru hadir di mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Azizan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2017 10:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: