Kategori Ekonomi

CIMB tawar pelepasan 6 bulan untuk mangsa banjir

8 NOV: CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) menguatkuasakan serta-merta pelepasan bayaran enam bulan bagi pelbagai pinjaman dan produk pembiayaan.

Langkah itu bertujuan mengurangkan beban pelanggan dan kakitangan CIMB Bank yang terjejas oleh banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Pelepasan itu membabitkan semua pinjaman dan pembiayaan perbankan individu dan perusahaan/komersil termasuk pembiayaan rumah, premis perniagaan, ASB dan pembiayaan terma (dengan kemudahan overdraf).

Selain itu, pinjaman/pembiayaan secara auto, peribadi (Tunai Ekspres, Tunai Plus-i dan Tunai Plus), kad kredit/caj lewat.

Sebarang caj juga dimansuhkan untuk pertukaran kad kredit, kad debit, penyata atau buku bank, cek dan pembatalan deposit tetap pra matang untuk tempoh satu bulan.

CIMB juga akan mempercepat pemprosesan tuntutan insurans akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 6:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: