Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kerajaan dipuji kerana menolak tuntutan tidak munasabah MHAM

21 MAC: Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) mendakwa Kerajaan Malaysia menolak kesemua cadangan bagi menyertai enam konvensyen hak asasi manusia yang belum ditandatangani.

COMANGO berkata, Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) secara rasmi menerima pakai laporan berhubung Semakan Berkala Sejagat (UPR) penggal kedua, dengan kerajaan Malaysia hanya menerima 150 daripada 232 cadangannya.

Bagaimanapun, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka MuslimUPRo mengucapkan syabas kepada kerajaan yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia yang  dibuat berdasarkan syor negara anggota MHAM.

MuslimUPRo dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penerimaan muktamad Malaysia yang dinyatakan di dalam dokumen rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 4 Mac 2014 memperlihatkan sikap bertanggungjawab kerajaan menerima hanya syor yang munasabah bagi memperbaiki keadaan hak asasi manusia.

“Sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan keserdehanaan, komitmen Malaysia terhadap usaha memperbaiki tahap dan keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara,” kata kenyataan MuslimUPRo.

Daripada sejumlah 232 syor tersebut, 113 syor diterima kerajaan sepenuhnya, manakala 21 syor lagi diterima secara prinsip sementara 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak adalah tuntutan yang dihantar COMANGO pada 11 Mac 2013 pada sesi pusingan kedua UPR, 24 Oktober 2013 di Geneva.

Antaranya ialah gesaan memansuhkan undang-undang bagi menghalalkan perlakuan jenayah termasuk aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan  Transgender (LGBT), mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan berkenaan hak istimewa Bumiputera dan hak-hak absah kaum lain, serta menuntut hak kebebasan beragama termasuk hak meninggalkan agama atau murtad.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga menolak untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah.

“Kerajaan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidangkuasa menurut Perkara 121(1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata MuslimUPRo.-bnbbc.my

Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 2:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: