Kategori Berita Utama

COMANGO sah pertubuhan haram – KDN

8 JAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Rabu mengesahkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia atau COMANGO adalah sebuah pertubuhan haram.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff dalam satu kenyataan berkata ia adalah berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

comango“Ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” katanya.

Awal November tahun lalu, COMANGO mencetuskan kemarahan rakyat negara ini, khususnya umat Islam apabila mengemukakan tuntutan mengenai hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Pertubuhan haram itu yang dianggotai 54 NGO membuat tuntutan berdasarkan International Convenent on Civil and Political Right (ICCPR) yang tidak pernah ditandatangani oleh kerajaan Persekutuan.

Ekoran tidak dilayan kerajaan Persekutuan COMANGO bertindak membawa laporan berhubung tuntutan mereka yang kononnya selaras dengan prinsip hak asasi manusia tetapi bercanggah dengan Perlembagaan Negara ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 January 2014 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: