Kategori Ekonomi

Credit Bureau tawar khidmat kesan penipuan

10 NOV: Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM) menjalin kerjasama strategik dengan TruNarrative, penyedia penyelesaian risiko penipuan data dan pematuhan global untuk menawarkan perkhidmatan pengesanan penipuan kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif CBM, KC Wong, berkata khidmat pengesanan penipuan itu adalah perkhidmatan nilai tambah kepada perkhidmatan tradisional yang ditawarkannya iaitu laporan kredit.

Beliau berkata, kerjasama itu adalah tepat pada masanya memandangkan pelanggaran data secara besar-besaran berlaku apabila data pelanggan membabitkan lebih 46 juta pelanggan telefon mudah alih bocor kepada “Dark Web”.

Katanya, misi CBM dan TruNarrative adalah membawa pasukan mencegah penipuan secara bersama merentasi sektor berisiko, dan beroperasi sebagai satu konsortium, yang mana ia adalah opsyen paling berkesan untuk mencegah aktiviti penipuan.

“Dengan peningkatan besar dalam digital dan penggunaan peranti, landskap penipuan berubah. Perniagaan perlu tahu bagaimana untuk mengendalikan dan menguruskan kos mengesan dan mencegah penipuan.

“Kerjasama dengan TruNarrative membolehkan kami menyediakan pelanggan dengan platform analitik risiko penipuan bersepadu “di luar kotak” untuk menangani cabaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media mengumumkan kerjasama eksklusif CBM dengan TruNarrative di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif TruNarrative, John Lord dan Pengarah TruNarrative, Mike Harris.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: