Kategori Berita Antarabangsa

Cuba elak peperiksaan, pelajar buat panggilan bom palsu

24 MAC: Sekolah di Sarejevo, Bosnia dikejutkan dengan 20 amaran bom sejak dua minggu lalu, yang disahkan palsu.

Polis mengesyaki ia dilakukan oleh pelajar yang cuba mengelak mengambil peperiksaan.

“Kes itu mencurigakan kerana semuanya berlaku menjelang ujian.

“Semuanya palsu tetapi kami tidak boleh mengabaikannya kerana keselamatan pelajar dalam risiko,” kata jurucakap polis, Suvada Kuldija.

Beberapa sekolah dan universiti terpaksa dikosongkan sejak beberapa minggu ini, dengan anjing pengesan bom dihantar untuk memeriksa premis berkenaan.

Laporan AFP memetik persatuan Ibu bapa yang turut melahirkan kebimbangan.

“Kami tidak mahu anak kami diarah keluar dari kelas setiap hari dalam keadaan panik, tidak belajar dan menunggu dalam kesejukan untuk kelas disambung,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 8:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: