Kategori Berita Antarabangsa

Cubaan seludup heroin, warga Malaysia dicekup di Woodlands

26 OKT: Pihak berkuasa Singapura menahan seorang warga Malaysia berusia 25 tahun yang cuba menyeledup  masuk satu kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai S$106,000 di pusat pemeriksaan Woodlands pada Rabu.

Lelaki terbabit yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran Malaysia tiba di pusat pemeriksaan pada jam 6.30 pagi dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Semasa pemeriksaan, pegawai ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berjaya mengesan dua bungkusan disyaki mengandungi dadah terkawal di bawah tempat duduk motosikal itu.

Lelaki itu kemudian ditahan dan kes diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut.

Dua bungkusan itu didapati mengandungi kira-kira 1kg heroin.

“Siasatan sedang dijalankan,” menurut ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 9:28 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: