Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

CUEPACS: Gaji penjawat awam rendah punca rasuah

1 MEI: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menolak faktor gaji rendah kalangan penjawat awam menjadi punca berlakunya rasuah serta salah guna kuasa.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata gaji penjawat awam perlu seiring dengan kenaikan kos sara hidup bagi mengelak kebergantungan kepada sumber lain.

“CUEPACS berharap pendekatan gaji perlu mengikut Indeks Harga Barang atau Indeks Harga Pengguna supaya kemampanan itu ada kepada penjawat awam. Akhirnya apabila sudah ada kemampanan dari segi sumber kewangan, mungkin isu-isu integriti ini dapat dihalang dan dapat dihindarkan.

“Jadi mereka tidak lagi bergantung kepada sumber yang lain. Kalau gaji mereka cukup, maka gaji yang akan menjadi sesuatu yang amat penting kepada mereka,” katanya selepas sambutan Hari Pekerja 2017 anjuran CUEPACS di Putrajaya.

Tegasnya, isu gaji rendah turut berkait dengan kadar keberhutangan yang serius membabitkan lebih 62,000 penjawat awam seluruh negara.

“Jadi sebab itu kami minta supaya penyelesaian yang tuntas untuk mereka ini tanpa memberi kesan kepada mereka yang berkenaan,” kata Azih lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 May 2017 5:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: