Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cuepacs jumpa PM esok

20 JULAI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesa kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji dan Majlis Pemuafakatan Sektor Awam serta Skim Perlindungan Keselamatan kakitangan awam yang belum disahkan jawatannya.

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda (foto), isu berkenaan antara yang akan dibangkitkan dalam perjumpaannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Cadangan tersebut yang dikatakan dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu bertujuan menyediakan platform terbaik antara kerajaan dan Cuepacs dalam mendengar suara penjawat awam di negara ini.

“Sehingga hari ini Cuepacs masih lagi belum menerima jawapan balas daripada pihak kerajaan walaupun timbalan perdana menteri talahpun menyatakan secara terbuka persetujuan supaya satu mekanisme rundingan diantara kerajaan dan Cuepacs.

“Untuk memastikan perkara yang sentiasa berbangkit mengenai kadar upah, syarat perkhidmatan, syarat masuk, laluan kerjaya, pembangunan kerjaya dan masa depan penjawat awam itu sendiri dari segi elaun ,dari segi gaji dan dari segi saraan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri cuepacs di ibu negara, Khamis.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 3:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: