Kategori Berita Utama

CUEPACS rayu campur tangan PM batalkan cas tunggakan kakitangan awam

28 DIS : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu campur tangan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu tunggakan perumahan kuarters kerajaan yang dialami 500 kakitangan awam.

Menurut Presidennya Datuk Azih Muda mereka sebelum ini telah diarahkan bertukar pejabat lebih 25 kilometer radius namun masih dalam lingkungan Wilayah Persekutuan.

Presiden Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia(CUEPACS) Datuk Azih Muda menunjukkan Notis merah yang dikeluarkan Badan Pengurusan Hartanah (BPH) memberitahu tentang penalti yang dikenakan terhadap kakitangan awam yang terlibat berkenaan kuarters kakitangan awam di Wisma CUEPACS Kuala Lumpur

Katanya lagi tunggakan tersebut sehingga kini telah mencecah RM140 ribu sejak 2012 dan mereka tidak diberi makluman awal tentang cas penalti tersebut.

“Kami dalam mesyuarat tertinggi kita minta campur tangan PM supaya tuntutan yang dibuat BP mencecah ratusan ribu terpaksa bekerja di luar yang kena penalti ini ditarik balik dan dibatalkan terus kepada mereka yang terlibat.

“Kita di bawah bumbung yang sama dan kita semua menyokong kerajaan. Takkan ini tak boleh dibantu. Tak pernah dibuat kesalahan apa-apa sudah cukup ada dalam keadaan yang sukar dan kemurungan menyebabkan anak pinak mereka terganggu. Mereka ada perjumpaan pada setiap tahun sepatutnya boleh diberitahu jika terdapat apa-apa notis, tapi akibat daripada ini mereka terpaksa menanggung liabiliti.

“Kita berkhidmat di jabatan kerajaan yang sama. penjawat awam di tempat yang sama, jadi kita harap pengumuman pembatalan sewa itu dibuat sebelum fajar 1 Januari 2018,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Cuepacs di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau berkata demikian dengan turut dihadiri wakil kakitangan yang terbabit dalam permasalahan ini.

Tambah Azih lagi, rayuan itu bukan sahaja dibuat untuk mengecualikan bayar denda, malah untuk golongan Pesara yang menunggu rumah mereka disiapkan.

“Mereka perlu diberi masa untuk duduk di kuarters tersebut tanpa perlu membayar sebarang sewaan dalam tempoh tertentu,” ujarnya lagi.

Menurut aduan yang diterima Azih berkata kakitangan awam tersebut mendapat tahu tentang cas penalti tersebut pada bulan Mac 2017 dimana jumlah tunggakan ada yang mencecah RM140 ribu.

Perkara itu diberitahu melalui satu notis merah yang dikeluarkan oleh Badan Pengurusan Hartanah (BPH).

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda bercakap pada sidang media di Wisma CUEPACS Kuala Lumpur

“Saya yakin PM boleh lakukan. Kita percaya mereka mempunyai prestasi tinggi. Sebab itu mereka ditempatkan di tempat dan jawatan yang penting, tapi mereka diberi hukuman sebegini, pasti prestasi mereka akan merudum nanti,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Azih turut mengumumkan bahawa pihaknya akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa untuk membuat rayuan dan membuat laporan tentang perkara tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2017 1:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: