Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cukai pintu: DBKL lanjut tempoh jika bantahan berterusan

15 Jan: Sebanyak 166,000 bantahan dikemukakan pemilik hartanah sekitar ibu kota berhubung cadangan kenaikan kadar cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setakat Rabu.

“Proses bantahan akan berterusan sehingga 31 Mac. Jika bantahan itu masih berterusan, DBKL akan memikirkan kewajaran untuk ia (tempoh) dilanjutkan,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam sidang media di ibu negara.

Ahmad Phesal menjelaskan, bantahan itu diterima dalam pelbagai bentuk termasuk melalui surat, faks dan daripada ahli Parlimen berkenaan.

Daripada jumlah itu, ada juga bantahan berulang yang diterima daripada pemilik sama, katanya.

cukai-pintu-dbkl naik bermula 1 jan 2014DBKL November lalu mengumumkan untuk menaikkan cukai pintu mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) setelah 21 tahun tiada kenaikan dibuat.

Susulan pengumuman kenaikan cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu, pelbagai bantahan diterima dan DBKL bertindak menangguhkan kenaikan tersebut dengan memberi tempoh bantahan sehingga 31 Mac ini.

Ahmad Phesal berkata panel yang meneliti bantahan itu dianggotai lapan individu yang mewakili Lembaga Penasihat DBKL, juruukur profesional, peguam dan penilai swasta.

Beliau sebelum itu mengumumkan Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah DBKL yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Salleh Yusup yang bersara wajib Ahad lalu.

Mohd Amin Nordin, 59, dari Negeri Sembilan, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL sejak 2011.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2014 3:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: