Kategori Berita Antarabangsa

Cukai rokok Singapura naik

21 FEB: Kerajaan Singapura menaikkan cukai rokok yang menyaksikan kenaikan sehingga 42.7 sen (RM1.30) setiap batang berbanding 38.8 sen sebelum ini,

Menurut kenyataan dari Kastam Singapura, kenaikan itu berkuat kuasa bermula 5.40 petang pada Isnin.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Heng Swee Keat mengumumkan kenaikan cukai ke atas semua produk tembakau sebanyak 10 peratus, dalam usaha mengurangkan bilangan perokok serta pengambilan tembakau di negara itu.

Laporan Channel NewAsia menyebut dengan kenaikan cukai terkini itu, kadar cukai terhadap sebungkus yang berisi 20 batang rokok berada pada 60 peratus, sebelum GST.

Jumlah tersebut dikatakan sama seperti Britain, New Zealand dan Kanada.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: